kisah semut pink
maksud cinta

Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya. Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan di jelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka Cinta adalah segalanya.cinta hadir tanpa diundang..keikhlasan rasa cinta membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri kita. kerana cinta itu memberi sejuta rasa, tidak keterlaluan jika aku katakan cinta itu anugerah yang tidak terhingga.... Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan kita boleh menjadi diri kita sendiri, tak perlu make up,tidak perlu pakaian mewah semasa dengannya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu satunya insan yang dia sayangi. Cinta adalah menyintai, pengorbanan, kesetiaan, persefahaman,,saling perlu memerlukan dan sentiasa mengambil tahu Cinta adalah mengambil berat tentang orang lain. Iaitu sentiasa menerima seadanya seseorang itu walau apa jua keadaan nya bukan kerana kelebihannya sahaja. Cinta adalah perkongsian suka dan duka. Dia atau kita akan sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan Cinta adalah persahabatan dan keluargaan Cinta adalah dugaan paling besar tapi manis akhirnya, terpulanglah pada kita bagaimana kita menghadapinya Cinta boleh membuatkan kita mengalirkan air mata. Cinta mampu merubah memberikan kebahagiaan dalam hidup kita Cinta merupakan pencetus corak kebahagiaan dalam hati kita... bila hati dah cinta segalanya menjadi indah...semakin indah.... terus indah.... I love Allah....I love my family and I Love u all.......

Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.HARGAILAH MEREKA
Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…